for every minute you angry, you'll lost 60 seconds of your happiness

Friday, August 20, 2010

Telur dadar, Ikan Baung, Puyu & Pucuk Paku

  1. Ingat lagi masa aku masih kecil, telur dan ikan baung, ikan puyu malahan pucuk paku antara menu yang sering menjadi santapan aku. Bagi aku masa tu, itulah hidangan yang paling menyelerakan... almaklumlah, ayah hanya bekerja kampung, itu sahaja yang termampu untuk dijadikan pengalas perut hari-hari.
  2. Nak makan ayam atau daging ?!!! Mungkin lucu untuk didengar, nak makan menu macam nie, kena tunggu 2 perkara, pertama tunggu ada orang kahwin... kalau ada orang kahwin kat kampung maksudnya ada lah peluang nak makan... Kedua pula kena tunggu orang mati... Orang mati maknanya kita boleh makan ayam...
  3. Zaman dulu kat kampung aku mana ada ayam segar segera... kena ternak ayam dulu, tunggu dah cukup matang, lepas tue kena sembelih baru ler dapat makan ayam. Maknanya, kalau nak makan ayam untuk makan tengahari memang tak boleh, sebab dari proses sembelih sampai nak masak ayam itu sendiri ambil masa yang agak lama.
  4. Ikan baung pula, aku biasa ikut ayah aku mengail kat sungai... entahlah, kalau zaman aku masih kecil dulu, kat jeti sungai macam ada pesta memancing... hampir semua orang memancing... ada yang menjala... Ia satu panaroma biasa dan mungkin satu yang janggal untuk dilihat pada masa sekarang...
  5. Hingga hari ini, aku masih merindui untuk makan menu aku dulu-dulu...

No comments:

Post a Comment