- Aku ingat lagi telefon bimbit pertama yang ku beli ialah Ericsson PF768 (gambar disebelah). Kalau tidak silap aku beli telefon itu sekitar Oktober 2000 dan masa itu rasanya teknologi SMS belum lagi ada...
- Apabila teknologi SMS berkembang sekitar akhir tahun 2000, rasanya dengan skrin yang kecil agak sukar untuk membaca SMS dengan model telefon ini, rasa macam melihat rantaian saham yang di Bursa Malaysia jer...
- Namun aliran teknologi selular begitu cepat berkembang, dari nada tone biasa kepada nada tone polyphonic dan sehingga kini kita lihat bukan sekadar nada menggunakan MP3 malahan VIDEO pun boleh dijadikan nada dering... makin canggihkan...
- Dari segi teknologi panggilan, kalau dulu kita sekadar boleh mendengar suara tetapi lihatlah sekarang kita boleh melihat wajah pemanggil melalui sistem panggilan video...
- Sistem khidmat pesanan pula telah berkembang dari SMS kepada Voice Messaging kepada MMS...
- Malahan telefon bimbit mengalami proses evolusi yang sangat pantas... kalau 10 tahun dahulu, tidak terfikir bahawa kemampuan telefon bimbit hampir menyamai komputer... Kini telefon bimbit dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, kamera (boleh mencapai 12.1 Megapixel), video recording (boleh merakam HD Video), sistem bluetooth, GPS, Multi-tasking tool, touch screen dan seumpamanya...
- Tentu kita merasa canggihkan... tapi itulah ILMU ALLAH
for every minute you angry, you'll lost 60 seconds of your happiness
Friday, August 20, 2010
ILMU ALLAH ( Betapa kerdilnya kita )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment