for every minute you angry, you'll lost 60 seconds of your happiness

Monday, August 23, 2010

Fatimatul Zahra

  1. Just personal for this post... just a piece of remembrance for my children... should one day, they open this blog then they know that i always think about them (always)...
  2. Nie anak aku no.2... nanti aku cerita hal anak aku yang sulong... Fatimatul Zahra... sukar untuk aku memilih namanya... sebenarnya, memang sejak berkahwin aku dah bertekad andai aku ada anak perempuan, nescaya akan aku namakan sempena nama anak bongsu Nabi SAW...
  3. Kenapa susah untuk memilih... kerana, nama anak Nabi SAW terlalu banyak versi ejaan... antaranya ialah Fatima Azzahrah, Fatimah Azzahra... jadi aku pun tidak pasti yang mana satu best...
  4. Entah macam mana masa masa sebelum dia lahir DYMM Seri Paduka Baginda Agong kita ditabalkan... dan secara kebetulan disebut nama puteri baginda yang bernama "Fatimatul Zahra"... so, ia memberi idea kepada aku ejaan paling sesuai untuk anak aku... akhirnya, jadilah Fatimatul Zahra...
  5. Setakat ini, perwatakan Azzahra agak kontra dengan abangnya... kalau abang nya jenis yang mengalah kalau berebut sesuatu, dia pula jenis yang tidak mengalah... semua dia nak sapu... kalau abang dia jenis yang senang diberi makan ubat, dia pula liat nak makan ubat...
  6. Persamaan dengan abangnya dari segi kepetahan dalam belajar, alhamdulillah, Allah SWT memberi kedua-duanya (setakat ini) kebijaksanaan. Semoga pemberian Allah SWT ini akan berterusan... sebagai bapa, saya hanya mempu berdoa dan mendidik seadanya... selebihnya, dia sendiri kena corakkan masa depan...

Kenangan Itu Membuat Aku Menangis...

  1. Aku selalu terfikir, bagaimana rasanya kehilangan orang yang dikasihi... dan adakala aku terfikir apa sebenarnya yang membuat orang menangisi pemergian orang tersayang...
  2. Semua orang yang ku sayangi masih lagi berada di sisi ku... dan, aku percaya satu hari nanti samada aku akan menangisi kehilangan mereka atau sebaliknya...
  3. Walaupun 3 daripada 7 beradik aku telah meninggal, tetapi masa itu aku belum lagi melihat dunia ini... kerana itu aku tidak merasai kehilangan mereka, tetapi riak wajah kedua orang tua ku ketika menziarahi pusara di Aidilfitri jelas mencerminkan kesedihan mereka... aku hanya tumpang simpati tanpa mengerti erti sebuah kehilangan...
  4. Suatu hari, ketika mandi di kolam renang bersama sahabat ku di kota Miri, telah merungkai segala persoalan aku selama ini... Mungkin kebetulan dia bercerita atau mungkin hidayah Allah SWT untuk menjawab persoalan ku melalui sahabat ku itu...
  5. Dia bercerita tentang kisah kehilangan ibundanya yang tercinta... dia berkata, walau pun dia sudah cukup dewasa untuk menerima sebuah perpisahan, tetapi naluri anak tetap membuat dia menitis air matanya...
  6. Kawan ku berkata, "man, aku menangis bukan kerana tidak dapat menerima perpisahan itu, tetapi entah kenapa setelah mendengar kematiannya, secara langsung semua kenangan aku bersamanya seolah-olah bersilih ganti datang ke fikiran ku...
  7. Kisah dia memarahi aku, kisah dia menenangi aku dan bermacam-macam kisah aku dan dia seolah-olah ditayangkan didepan mataku... dan aku tahu bahawa, tiada lagi kenangan baru akan aku cipta bersama dia...
  8. Ya, kini aku mengerti, sebenarnya "kenangan itu membuat aku menangis"...

... Dan Daun Itu Pun Gugur Lagi

  1. Semua tahu bahawa tidak ada satu pun dedaun yang gugur di bumi ini yang tidak masuk dalam pengetahuan Allah SWT.
  2. Daun itu adakalanya dosa semalam yang mungkin gugur ke bumi dibawa bersama tangisan keinsafan dan disulami dengan seribu macam penyesalan di hati insan yang sentiasa mencari keredhaan Allah SWT.
  3. Dan... dedaun itu juga mungkin setangkai pahala atau rahmat Allah SWT yang kita sia-siakan kerana kealpaan dan terlalu mengagongkan kehidupan dunia sehingga kita lupa bahawa kita sebenarnya masih dalam sebuah kapal yang sedang mencari perhentian... dan adakah perhentian itu diredhai Ilahi ?!
  4. Dan... dedaun itu juga mungkin sekelumit rasa kesal atas pemergian seseorang yang mungkin kita sayangi... yang kita rasa akan hidup bersama selamanya... tetapi kita lupa sesungguhnya perancangan Allah SWT itulah yang terbaik.
  5. Dan... dedaun itu mungkin hanyalah sehelai daun yang telah tiba masanya untuk menyembah bumi sebagaimana kita yang dipegang Allah SWT pada janji yang suatu hari nanti kita akan kembali kepada Nya...
  6. ... dan dedaun itu gugur lagi

Sunday, August 22, 2010

JANGAN "NO NETWORK COVERAGE" DAH LER...

  1. Aku teringat cerita kawan aku tentang satu ceramah agama yang dihadiri... kalau tak silap tajuk ceramah malam tu berkisah tentang tahap iman seseorang muslim
  2. Cerita ustaz tu agak mudah jer... dia kata iman seseorang itu ibarat seperti bar penerimaan isyarat telefon bimbit...
  3. Adakala tahap penerimaan isyarat tu kuat (full bar) dan adakalanya sangat lemah sehingga ke satu bar jer...
  4. Jadi ustaz tu kata, jadi kita kena ler selalu pantau tahap iman kita... jangan sampai iman kita mencapai perkataan "no network coverage" sudah ler...
  5. Apa-apa pun pendekatan ustaz tue dalam menjelaskan prinsip iman amat mudah untuk difahami, cuma ada sesetengah daripada kita yang belum cuba untuk memahami dan mungkin tidak mahu memahami kerana bersangka bahawa "esok masih ada"... Tapi ingat tiada siapa pun dapat menjamin yang dia boleh hidup walaupun untuk 10 saat kehadapan...
  6. Sama-samalah kita renungkan...

Saturday, August 21, 2010

KIUB RUBIK ( MAGIC CUBE )

  1. Mungkin ramai di antara kita seringkali melihat kiub rubik. Malahan mungkin masih ramai antara kita yang masih belum dapat menyelesaikan kiub ini.
  2. Mungkin ramai juga yang melihat mereka yang dapat menyelesaikan kiub ini diklasifikasikan sebagai orang bijak dan kreatif berfikir.
  3. Tahukah anda bahawa, rekod dunia untuk penyelesaian kiub ini ialah 7 saat... dan tahukah anda bahawa anda sendiri boleh belajar menyelesaikan kiub ini hanya dalam tempoh setengah hari.
  4. Aku sendiri sebenarnya baru belajar menyelesaikan kiub ini, dan pada masa kini masa terpantas untuk aku selesaikan kiub ini ialah 30 saat.
  5. Percayalah cara penyelesaian kiub ini amat mudah, sehinggakan bila anda dapat menyelesaikan kiub ini anda berasakan bahawa sebenarnya orang yang menyelesaikan kiub ini lebih kepada mengingati algorithma yang digunakan dan sama sekali tidak memikir dimana letaknya setiap warna.
  6. Cubalah, dan anda pasti merasa menarik untuk bermain dengan kiub ini, lebih-lebih lagi sekiranya orang yang melihat anda bermain tidak mengetahui rahsia kepada penyelesaian kiub magis ini... cubalah...

Friday, August 20, 2010

IZRAIL & MANUSIA...

  1. Mungkin ramai dari kalangan kita tidak menyedari betapa intimnya manusia dengan Izrail iaitu malaikat yang mencabut nyawa... ceritanya bermula dengan kisah penciptaan manusia itu sendiri.
  2. Apabila Allah SWT berhasrat untuk mencipta manusia, maka berfirman Allah kepada Jibrail A.S agar mengambil tanah dari bumi tetapi bila tiba di bumi, bumi enggan membenarkan Jibrail A.S mengambilnya kerana bumi khuatir manusia akan berlaku durja pada satu hari nanti...
  3. Jibrail A.S pun kembali kepada Allah SWT dan menyatakan keengganan bumi, lalu Allah SWT mengutuskan Mikail A.S, tetapi ceritanya pun serupa... kemudian Allah SWT mengutus pula Israfil A.S namun bumi tetap enggan memberi tanah kepada Israfil A.S... dengan rasa kecewa, Israfil A.S pun kembali mengadap Allah SWT.
  4. Akhirnya, Allah SWT mengutuskan Izrail A.S dan seraya berfirman "Wahai Izrail, dapatkan tanah dari bumi dan katakan kepada bumi ia adalah perintah Ku"... lalu Izrail A.S pun mendapatkan tanah tersebut dari bumi, dan bermulalah proses penciptaan manusia yang pertama.
  5. Setelah selesai penciptaan rupa bentuk manusia, ia masih belum sempurna kerana belum ada roh... lalu Allah SWT mencipta roh untuk manusia namun roh itu enggan untuk memasuki jasad yang tidak bernyawa itu, lalu Allah SWT akhirnya mengarahkan Izrail A.S untuk menyempurnakan kemasukan roh berkenaan... melalui kaki Izrail A.S memasukkan roh manusia yang dikatakan mengambil masa 200 tahun untuk memasukannya.
  6. Dengan terciptanya manusia, lalu Allah SWT berfirman kepada Izrail A.S bahawa, Dia memilih Izrail untuk mencabut nyawa manusia, dan Izrail A.S pun menyuarakan kebimbangannya kepada Allah SWT, risau jika anak cucu Adam A.S akan membencinya... tetapi perancangan Allah SWT selaku pencipta adalah sempurna, Dia mengatakan pada Izrail bahawa Dia akan mencipta alasan kematian kepada anak cucu Adam A.S sehingga mereka lupa akan engkau sebenarnya mencabut nyawa mereka... antara lain kemalangan, penyakit dan seumpamanya
  7. Kisah ini jelas menunjukkan bahawa betapa intimnya kehidupan kita dengan Izrail A.S. Dia yang memasukkan roh manusia ke dalam jasad yang kaku dengan izin Allah SWT dan dia jugalah yang memisahkan roh itu dari jasadnya juga dengan izin Allah SWT.
  8. Wallahualam...

ILMU ALLAH ( Betapa kerdilnya kita )

  1. Aku ingat lagi telefon bimbit pertama yang ku beli ialah Ericsson PF768 (gambar disebelah). Kalau tidak silap aku beli telefon itu sekitar Oktober 2000 dan masa itu rasanya teknologi SMS belum lagi ada...
  2. Apabila teknologi SMS berkembang sekitar akhir tahun 2000, rasanya dengan skrin yang kecil agak sukar untuk membaca SMS dengan model telefon ini, rasa macam melihat rantaian saham yang di Bursa Malaysia jer...
  3. Namun aliran teknologi selular begitu cepat berkembang, dari nada tone biasa kepada nada tone polyphonic dan sehingga kini kita lihat bukan sekadar nada menggunakan MP3 malahan VIDEO pun boleh dijadikan nada dering... makin canggihkan...
  4. Dari segi teknologi panggilan, kalau dulu kita sekadar boleh mendengar suara tetapi lihatlah sekarang kita boleh melihat wajah pemanggil melalui sistem panggilan video...
  5. Sistem khidmat pesanan pula telah berkembang dari SMS kepada Voice Messaging kepada MMS...
  6. Malahan telefon bimbit mengalami proses evolusi yang sangat pantas... kalau 10 tahun dahulu, tidak terfikir bahawa kemampuan telefon bimbit hampir menyamai komputer... Kini telefon bimbit dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, kamera (boleh mencapai 12.1 Megapixel), video recording (boleh merakam HD Video), sistem bluetooth, GPS, Multi-tasking tool, touch screen dan seumpamanya...
  7. Tentu kita merasa canggihkan... tapi itulah ILMU ALLAH

Telur dadar, Ikan Baung, Puyu & Pucuk Paku

  1. Ingat lagi masa aku masih kecil, telur dan ikan baung, ikan puyu malahan pucuk paku antara menu yang sering menjadi santapan aku. Bagi aku masa tu, itulah hidangan yang paling menyelerakan... almaklumlah, ayah hanya bekerja kampung, itu sahaja yang termampu untuk dijadikan pengalas perut hari-hari.
  2. Nak makan ayam atau daging ?!!! Mungkin lucu untuk didengar, nak makan menu macam nie, kena tunggu 2 perkara, pertama tunggu ada orang kahwin... kalau ada orang kahwin kat kampung maksudnya ada lah peluang nak makan... Kedua pula kena tunggu orang mati... Orang mati maknanya kita boleh makan ayam...
  3. Zaman dulu kat kampung aku mana ada ayam segar segera... kena ternak ayam dulu, tunggu dah cukup matang, lepas tue kena sembelih baru ler dapat makan ayam. Maknanya, kalau nak makan ayam untuk makan tengahari memang tak boleh, sebab dari proses sembelih sampai nak masak ayam itu sendiri ambil masa yang agak lama.
  4. Ikan baung pula, aku biasa ikut ayah aku mengail kat sungai... entahlah, kalau zaman aku masih kecil dulu, kat jeti sungai macam ada pesta memancing... hampir semua orang memancing... ada yang menjala... Ia satu panaroma biasa dan mungkin satu yang janggal untuk dilihat pada masa sekarang...
  5. Hingga hari ini, aku masih merindui untuk makan menu aku dulu-dulu...