for every minute you angry, you'll lost 60 seconds of your happiness

Sunday, October 3, 2010

Tiga Nikmat Yang Kita Selalu Lalai

  1. Dalam hidup ini, Allah SWT sentiasa dengan sifat Rahman Nya, memberi pelbagai nikmat dan kesenangan kepada hidup kita. Namun begitu, ada tiga nikmat utama yang kita seringkali lalai, sedangkan nikmat itu Allah SWT beri sama rata kepada manusia. Di sini aku ceritakan perihal 3 nikmat berkenaan.
  2. Nikmat pertama ialah KESIHATAN. Kita diberi oleh Allah SWT nikmat kesihatan namun kita seringkali gagal untuk mensyukuri dan memanfaatkan nikmat tersebut. Terlalu banyak yang dapat kita lihat, paling mudah lihat sahaja nikmat penglihatan. Tidak perlu Allah SWT butakan kita, cukup sekadar me'rabun'kan mata kita, kita akan dapat rasa bertapa ruginya kita jika dibandingkan dengan mereka yang rabun.
  3. Sedemikian rupa juga dengan nikmat pendengaran, rasa, kulit dan seumpamanya. Bayangkan, kalau ditarik nikmat untuk berjalan, nikmat untuk berdikari, semestinya kita merasakan yang kita penuh dengan kekurangan.
  4. Nikmat yang kedua pula adalah nikmat UMUR kita. Pelik rasanya, bila setiap kali kita meraikan ulang tahun kelahiran kita seringkali menyanyikan lagu "selamat harijadi". Hakikatnya, umur kita sebenarnya makin berkurangan.
  5. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa "umur umatku adalah diantara 60 - 70 tahun". Senang nak kira kita ambil umur Rasulullah SAW sebagai limitasi umur kita iaitu 63 tahun. Jadi sekiranya kira merai ulang tahun kelahiran ke 40, apa salahnya kalau kat kek hari jadi kita letakkan angka "balance" umur kita contohnya "balance aku = 23 tahun".
  6. Rasulullah SAW juga pernah bersabda "orang bijak antara kamu ialah orang yang mempersiapkan dirinya untuk kehidupan akhirat semasa hidup didunia"... oleh itu, nikmat umur adalah amat penting, kerana pada kematian itu Allah SWT merahsiakan 3 perkara iaitu, Bila kita mati?, Dimana kita mati & Apakah kesudahan kita mati samada sebagai mukmin atau sebaliknya.
  7. Nikmat yang terakhir adalah nikmat "ISLAM". Kita perlu bersyukut kerana kita lahir sebagai orang Islam. Namun berapa ramai dari kalangan kita yang mendapat hidayah dan petunjuk yang sebenarnya. Adakala bila kita tanya pada sesetengah individu, "kamu ni bila nak melapangkan masa ke masjid?" jawapan yang saling kita dengar ialah, belum ada seru, belum ada hidayan dan seumpamanya.
  8. Ingatlah bahawa 'hidayah' Allah SWT bukan lah datang bergolek, tetapi kita perlu berusaha untuk mencari hidayah Allah SWT. Jadi kalau tidak dicari, manakan mungkin Allah SWT akan memberi sebegitu sahaja.
  9. Oleh yang demikian, carilah 'hidayah Allah' sementara nikmat kesihatan kita ada dan sementara nikmat umur kita ada. Hidupkan lah nikmat islam kita selagi ada kesemua nikmat itu, sesungguhnya, menangguh diri untuk melakukan ibadat hanyalah ibarat membiarkan ais mencair dengan sendirinya, kerana kita guna atau tidak ais itu tetap akan mencair.
  10. Semoga Allah SWT merahmati kita semua.

No comments:

Post a Comment