- Firman Allah SWT "(iaitu) mereka yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib , melaksanakan solat, dan membelanjakan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka" Surah Al - Baqarah, Ayat 3.
- Teringat aku kata-kata penceramah pada kuliah subuh pagi tadi. Dia kata kenapa percaya kepada perkara ghaib ini terletak pada tempat yang pertama. Mudah katanya, perkara-perkara ghaib seperti dosa, pahala, syurga, neraka dan seumpamanya.
- Contoh yang penceramah itu bagi amat mudah. Dia kata kalau kita minum air, bagi orang yang percaya akan perkara ghaib pasti dia akan bertanya sama ada apa yang diminumnya itu halal ataupun haram. Kenapa begitu teliti, sebab bagi seorang yang bertaqwa, segala apa yang dibuat adalah pelaburan untuk akhirat.
- Cuba lihat pada makna doa makan. Maksud lebih kurang begini "Ya Allah, berkati lah rezeki yang telah Engkau rezekikan kepada kami, dan peliharalah kami dari seksa api neraka". Jelaskan, dari doa makan pun, Islam sudah mendidik kita bahawa apabila minum sekalipun, kita memohon perlindungan daripada api neraka. Kerna itulah pentingnya kepada beriman pada perkara ghaib kerana dengan beriman kepada perkara tersebut akan membuat kita lebih teliti dalam menjalani kehidupan seharian.
- Sehubungan itu, sama-samalah kita beramal dan beriman kepada semua perkara-perkara ghaib, kerana Allah SWT berfirman bahawa kita tidak mengetahui perkara-perkara ghaib melainkan sedikit. Tentu ada sebab dan musabab kenapa Allah SWT merahsiakan perkara-perkara ghaib, dan yang pasti antaranya untuk menjadi KPI kepada orang mukmin untuk mengetahui tahap TAQWA nya.
- Wallahualam... semoga Allah SWT merahmati dan memelihara iman dan meredhai kehidupan kita didunia lebih-lebih lagi kehidupan di akhirat. Wassalam
for every minute you angry, you'll lost 60 seconds of your happiness
Monday, October 4, 2010
Ciri-Ciri Golongan Yang Bertaqwa - Beriman Kepada Perkara-Perkara Ghaib
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment