- Firman Allah SWT "(iaitu) mereka yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib , melaksanakan solat, dan membelanjakan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka" Surah Al - Baqarah, Ayat 3.
- Teringat aku kata-kata penceramah pada kuliah subuh pagi tadi. Dia kata kenapa percaya kepada perkara ghaib ini terletak pada tempat yang pertama. Mudah katanya, perkara-perkara ghaib seperti dosa, pahala, syurga, neraka dan seumpamanya.
- Contoh yang penceramah itu bagi amat mudah. Dia kata kalau kita minum air, bagi orang yang percaya akan perkara ghaib pasti dia akan bertanya sama ada apa yang diminumnya itu halal ataupun haram. Kenapa begitu teliti, sebab bagi seorang yang bertaqwa, segala apa yang dibuat adalah pelaburan untuk akhirat.
- Cuba lihat pada makna doa makan. Maksud lebih kurang begini "Ya Allah, berkati lah rezeki yang telah Engkau rezekikan kepada kami, dan peliharalah kami dari seksa api neraka". Jelaskan, dari doa makan pun, Islam sudah mendidik kita bahawa apabila minum sekalipun, kita memohon perlindungan daripada api neraka. Kerna itulah pentingnya kepada beriman pada perkara ghaib kerana dengan beriman kepada perkara tersebut akan membuat kita lebih teliti dalam menjalani kehidupan seharian.
- Sehubungan itu, sama-samalah kita beramal dan beriman kepada semua perkara-perkara ghaib, kerana Allah SWT berfirman bahawa kita tidak mengetahui perkara-perkara ghaib melainkan sedikit. Tentu ada sebab dan musabab kenapa Allah SWT merahsiakan perkara-perkara ghaib, dan yang pasti antaranya untuk menjadi KPI kepada orang mukmin untuk mengetahui tahap TAQWA nya.
- Wallahualam... semoga Allah SWT merahmati dan memelihara iman dan meredhai kehidupan kita didunia lebih-lebih lagi kehidupan di akhirat. Wassalam
for every minute you angry, you'll lost 60 seconds of your happiness
Monday, October 4, 2010
Ciri-Ciri Golongan Yang Bertaqwa - Beriman Kepada Perkara-Perkara Ghaib
Sunday, October 3, 2010
Tiga Nikmat Yang Kita Selalu Lalai
- Dalam hidup ini, Allah SWT sentiasa dengan sifat Rahman Nya, memberi pelbagai nikmat dan kesenangan kepada hidup kita. Namun begitu, ada tiga nikmat utama yang kita seringkali lalai, sedangkan nikmat itu Allah SWT beri sama rata kepada manusia. Di sini aku ceritakan perihal 3 nikmat berkenaan.
- Nikmat pertama ialah KESIHATAN. Kita diberi oleh Allah SWT nikmat kesihatan namun kita seringkali gagal untuk mensyukuri dan memanfaatkan nikmat tersebut. Terlalu banyak yang dapat kita lihat, paling mudah lihat sahaja nikmat penglihatan. Tidak perlu Allah SWT butakan kita, cukup sekadar me'rabun'kan mata kita, kita akan dapat rasa bertapa ruginya kita jika dibandingkan dengan mereka yang rabun.
- Sedemikian rupa juga dengan nikmat pendengaran, rasa, kulit dan seumpamanya. Bayangkan, kalau ditarik nikmat untuk berjalan, nikmat untuk berdikari, semestinya kita merasakan yang kita penuh dengan kekurangan.
- Nikmat yang kedua pula adalah nikmat UMUR kita. Pelik rasanya, bila setiap kali kita meraikan ulang tahun kelahiran kita seringkali menyanyikan lagu "selamat harijadi". Hakikatnya, umur kita sebenarnya makin berkurangan.
- Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa "umur umatku adalah diantara 60 - 70 tahun". Senang nak kira kita ambil umur Rasulullah SAW sebagai limitasi umur kita iaitu 63 tahun. Jadi sekiranya kira merai ulang tahun kelahiran ke 40, apa salahnya kalau kat kek hari jadi kita letakkan angka "balance" umur kita contohnya "balance aku = 23 tahun".
- Rasulullah SAW juga pernah bersabda "orang bijak antara kamu ialah orang yang mempersiapkan dirinya untuk kehidupan akhirat semasa hidup didunia"... oleh itu, nikmat umur adalah amat penting, kerana pada kematian itu Allah SWT merahsiakan 3 perkara iaitu, Bila kita mati?, Dimana kita mati & Apakah kesudahan kita mati samada sebagai mukmin atau sebaliknya.
- Nikmat yang terakhir adalah nikmat "ISLAM". Kita perlu bersyukut kerana kita lahir sebagai orang Islam. Namun berapa ramai dari kalangan kita yang mendapat hidayah dan petunjuk yang sebenarnya. Adakala bila kita tanya pada sesetengah individu, "kamu ni bila nak melapangkan masa ke masjid?" jawapan yang saling kita dengar ialah, belum ada seru, belum ada hidayan dan seumpamanya.
- Ingatlah bahawa 'hidayah' Allah SWT bukan lah datang bergolek, tetapi kita perlu berusaha untuk mencari hidayah Allah SWT. Jadi kalau tidak dicari, manakan mungkin Allah SWT akan memberi sebegitu sahaja.
- Oleh yang demikian, carilah 'hidayah Allah' sementara nikmat kesihatan kita ada dan sementara nikmat umur kita ada. Hidupkan lah nikmat islam kita selagi ada kesemua nikmat itu, sesungguhnya, menangguh diri untuk melakukan ibadat hanyalah ibarat membiarkan ais mencair dengan sendirinya, kerana kita guna atau tidak ais itu tetap akan mencair.
- Semoga Allah SWT merahmati kita semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)