for every minute you angry, you'll lost 60 seconds of your happiness

Saturday, November 13, 2010

Sampaikan ajaran agama daripada ku walaupun hanya sepotong ayat

  1. Begitulah lebih kurang makna salah satu sabda Rasulullah SAW. Ringkas namun cukup bermakna bagi mereka yang berfikir.
  2. Aku bukanlah USTAZ yang boleh dijadikan rujukan dalam soal agama, tetapi sebagai sebahagian dari umat Muhammad, yang di nyatakan Allah SWT dalam Al-Quran, "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik." Ali Imran : 110
  3. Untuk itu, aku sampaikan kepada sesiapa sahaja apa yang aku tahu dan aku yakin apa yang aku katakan itu adalah benar. Bukan atas dasar 'logik' tapi lebih kepada perkataan yang aku sendiri dengan menerusi sesi ceramah dan seumpamanya.
  4. Namun begitu, buat pembaca, sila buat rujuk silang samada melului 'google' atas apa-apa pandangan dan pendapat yang ada dalam blog ini dan betulkan apa yang salah, semoga Allah SWT merahmati kita semua.
  5. Sekian, terima kasih.... Wassalam

No comments:

Post a Comment