- Baru-baru ni aku ada beli buku berjudul 'Alexander adalah Zulqarnain' tulisan Muhammad Alexander iaitu penulis buku yang mendapat best seller 'Yakjud & Makjud'.
- Dalam buku tersebut aku agak tertarik dengan satu hujah yang mungkin baru pada kita semua iaitu tentang ahli falsafah terkenal Yunani iaitu Socrates. Di mana penulis telah mengatakan bahawa Socrates adalah Luqman Al-Hakim yang disebutkan dalam Al-Quran.
- Mungkin ada di antara kita akan bersifat menolak dakwaan berkenaan tetapi percayalah jika anda membaca buku tersebut dengan bersifat terbuka dan menilai setiap hujah yang dikemukakan oleh penulis ada mungkin merasakan ada kebenaran kepada dakwaan tersebut.
- Aku boleh menulis semula hujah dia disini tetapi menghormati hakcipta penulis rasanya tidak perlu berbuat demikian, tetapi aku sarankan anda membaca buku berkenaan.
- Penulis juga memaklumkan, yang beliau akan mengeluarkan buku khas bagi memberi perincian yang lebih mendalam kepada hujah-hujah beliau.
- Aku rasa biar aku habiskan disini.... Wallahualam, mungkin benar dan mungkin juga sebaliknya. Tetapi perlu kita ingatkan juga bahawa Allah SWT berfirman kepada dalam Al - Quran antara lain memaklumkan kepada junjungan kita Rasulullah SAW bahawa sebahagian Nabi dan Rasul diceritakan kepada baginda manakala sebahagian lagi tidak... Untuk itu, penulis juga mengatakan bahawa kemungkinan Socrates adalah Nabi yang diutus kepada orang-orang Athens, Wallahualam...
for every minute you angry, you'll lost 60 seconds of your happiness
Sunday, September 19, 2010
Socrates adalah Luqman Hakim
Subscribe to:
Posts (Atom)